Banner 468 x 60

Formulir Kontak

Nama

E-mel *

Mesej *

KENALI AFFILIATE

Apa itu affiliate??

Semakin hari semakin ramai yang menceburi bidang atau perniagaan internet samada ianya dilakukan secara offline atau online. Ini berlaku seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat di era teknologi zaman ini.

Secara sedar, ada yang berjaya dengan perniagaan internet ini dengan mendapat keuntungan yang berganda. Namun begitu, ada juga yang tidak berjaya atau dalam erti kata lain, tidak mendapat keuntungan apa-apa.

Dengan menggunakan teknologi yang ada pada hari ini, menjana pendapatan dari internet bukan lagi suatu yang mustahil. Apa yang perlu dikuasai hanyalah teknik & cara betul.

Sebagi contoh dengan menyertai perniagaan melalui program affiliate. Apa itu affiliate? Bagi mereka yang telah tahu apa itu affiliate, ianya tidak menjadi masalah, namun bagi mereka yang belum tahu atau baru mendengar atau mengetahuinya ia mungkin akan tertanya-tanya.

Ini kerana  pada ketika ini, masih ramai pengguna Internet di Malaysia yang tidak ketahui tentang kewujudan program seperti ini.

Oleh itu, mereka sebenarnya terlepas satu peluang untuk menjana pendapatan dari sumber yang termudah dan terbaik di internet.

Baiklah, jom ketahui makna pemasaran Affiliate dan beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk menjana pendapatan darinya. Apakah maksud Pemasaran Affiliate ??

Pemasaran Affiliate secara umumnya bermaksud:(Si A) menjual produk (Si B) dan sebagai habuannya, (Si A) akan perolehi komisen daripada (Si B). Komisen ini boleh diterima dalam bentuk wang atau hadiah. Ini bergantung pada terma & syarat yang ditetapkan oleh pemilik program tersebut.

Jika anda menyertai sesebuah program affiliate, anda  akan diberikan satu link khas yang dipanggil sebagai link affiliate. Link tersebut berfungsi untuk membawa prospek ke laman web pemilik produk.
Link khas ini digabungkan dengan ID (Username) yang gunakan sewaktu pendaftaran. Apabila seseorang prospek itu membuat pembelian di laman web produk melalui link affiliate, maka anda  akan mendapat komisen.

Ini adalah antara teknik pemasaran terbaik kerana ia 'win-win situation', anda akan mendapat bayaran dari setiap jualan yang terhasil manakala pemilik produk pula berjaya meningkatkan jumlah jualan sekaligus dapat menjimatkan kos pengiklanan.

Apa yang 'mengujakan' tentang pemasaran affiliate ialah anda  tidak perlu menghasilkan produk anda  sendiri. Selain itu, anda  juga tidak perlu terlibat dengan khidmat bantuan pelanggan (customer support), malah anda  juga tidak perlu berhadapan dengan rungutan atau tuntutan pulangan wang (Refund).

Apa yang diperlukan oleh anda  hanyalah pengetahuan asas dan kemahuan untuk berjaya. Anda  tidak perlu risau jika tidak mempunyai pengalaman dalam pemasaran online kerana di Internet terdapat banyak sumber-sumber maklumat berkaitan dengannya secara percuma.anda  hanya perlu cari sahaja di internet dan mula pelajarinya..

Bertemu lagi kita di artikel dan maklumat yang akan datang....
Title : KENALI AFFILIATE
Description : Apa itu affiliate?? Semakin hari semakin ramai yang menceburi bidang atau perniagaan internet samada ianya dilakukan secara offline atau o...

0 Response to "KENALI AFFILIATE "

Catat Ulasan